Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 4 November 2016

Jom Tanam Sayur - Tanam Salad

Salad sangat sedap di buat ulam mentah. Biasanya salad dikaitkan dengan makanan barat. Bagi penggemar salad belajarlah tanam salad. Ianya tidaklah susah seperti yang di sangka.

1. Dapatkan benih salad yg diingini di pasar raya, nurseri atau online.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Antara benih sayur Salad

2. Semai di dalam pasu, polibeg atau tempat semaian khas. Jangan semai terlalu banyak, sesuaikan dengan tempat tanaman salad yg akan digunakan.

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Semai dalam bakul raga

3. Lembabkan tanah dengan penyiram tangan setiap hari.

4. Apabila anak salad sudah mempunyai 3-4 daun bolehlah di pindahkan ke pasu, polibeg atau batas mengikut keadaan.

Tanam Salad
Salad yg baru dipindahkan ke batas

Tanam Salad
Salad yg sihat dan segar

5. Perhatikan soal kelembapan tanah dan pembajaan.Jangan terlebih atau terkurang air, begitu juga baja.

6. Tempoh matang lebih kurang sebulan selepas dipindahkan. Salad boleh dipetik secara mencabut seluruhnya atau dipotong daunnya bermula dari bawah utk tempoh tuaian yg lebih lama.

Pendek kata, tanamlah salad dengan gembira.

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan