Video Terbaru @JomTanamSayur

Isnin, 13 Mei 2024

Rutin Penjagaan Tebu Di Raised Bed

Mula² adalah keinginan untuk berkebun. Selepas itu teknik² yang sesuai dengan jiwa. Seterusnya jenis tanaman yang ingin ditanam.

Mempunyai kebun tepi rumah yang teratur dan kemas sangat memberikan motivasi kepada pekebun itu sendiri.

Tetapi untuk mendapatkan kekemasan kebun, kerajinan dan istiqamah diperlukan.

Selain teknik berkebun yang membantu menjimatkan masa, teknik bertanam juga banyak menjimatkan masa berkebun.

Antara rutin penjagaan tebu di raised bed yang diamalkan adalah :

1. Membuang daun² tebu tua
2. Meracik daun² tebu tua
3. Mengikat dan mengalih ikatan batang tebu ke tiang sokongan.
4. Menambah tanah dan sungkupan secara berkala.
5. Siraman tidak diperlukan semasa musim hujan.

Semua aktiviti² ini dibuat untuk mendorong pertumbuhan pokok tebu secara maksima.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat inshaAllah ...

Link video :



Artikel berkaitan :